Thursday, August 18, 2016

Utusan Buat Ibunda

Assalamualaikum mak,
mak sihat ? mak apa khabar kt sana ? harap mak happy je kt sana.

Mak , kakak rindu sangat dengan mak. Kakak ingat lagi mak suka sangat masak nasi ayam. Nasi ayam kegemaran semua orang. Mak punya nasi ayam kalah restoran kat luar taw hahah.

Mak, kakak dapat sambung belajar degree kt uitm. Alhamdulillah rezeki kakak. Allah bagi kakak peluang untuk baiki cara kakak belajar. Mak kakak seronok sangat smpai kakak nangis tak henti2. Kakak rasa lega sangat. Kalau mak ada, mesti mak nangis peluk cium kakak. Mak, kakak nk buktikan yang kakak pandai, kakak boleh berjaya mcm mak. Kakak nk ikut jejak mak and ayah. Kakak nk semua orang bangga dgn kakak.

Dulu ya, kakak berfikiran budak2 tahu nk bercinta, berseronok je. Tapi skrg kakak nk ubah, kakak nk focus. Kakak nk mak tahu kakak boleh buat. Mak, mak selalu marah kakak sebab tak belajar, main2 je. Maafkan kakak ye mak. Mak, kakak tak sempat nk minta maaf dgn mak. Harap mak maafkan kakak ye.

Mak, kakak igt semua pesan mak. Mak suruh kami belajar sungguh. Itu last pesanan mak buat kami. Masa tu mak baru lepas operate kt kepala. Mak happy sangat tgk kami datang jenguk mak. Mak, mak ingat tak masa kat hospital, malam2 kita tengok drama korea. Masa tu drama tu hot sangat. Tengok smpai tak tengok pukul berapa dah. Rindu sangat masa tu sebab kakak dapar jaga mak. Teman mak borak. Gelak2. Mak mesti ingat kakak bosan kan masa tu, yelah duduk hospital kan. Mak terus bagi duit suruh beli majalah yg kakak suka atau novel. Tapi kakak tak pernah bosan duduk dengan mak.

Mak, ada satu masa tu kakak pelik kenapa mak sedekah telekung kt masjid, surau lepastu mak bg pulut kuning. Tak pernah2 mak buat. Kakak dah dapat rasa mak nk pergi tinggalkan kami tapi kakak sedapkan hati je. Tak lama tu mak sakit teruk.

Pagi jumaat mak dah pergi tinggalkan kami. Mak, wajah mak berseri sangat. Mak senyum je. Kakak cium dahi mak, mak bau wangi. Masa mak meninggal cuaca redup je. Masa tu kakak dah rela dah mak pergi. Tp kakak rindu sangat dgn mak. Mak , mak sentiasa ada di hati kami, dia fikiran kami, di dalam doa kami. Kami tak pernah lupakan mak.

Mak, mak ada lah ibu yang sangat baik. Ibu yang suka senyum, suka memberi nasihat dan menegur kami dgn cara yang lembut. Mak tak pernah tnjuk keletihan mak di depan kami. Mak sentiasa gembira walaupun kerja banyak di sekolah. Mak seorang cikgu kaunselor yang sangat disegani oleh cikgu2 lain, yg digemari oleh anak2 murid dan disayangi oleh semua orang. Mak seorang anak yang taat kepada ibu bapa, yang suka bertanya khabar , yang suka memberi sokongan kepada adik2 mak.

Mak, sampai sini sajalah utusan buat mak. Mak doakan kami berjaya di dunia dan diakhirat.Mak doakan kami kuat hadapai segala rintangan , cabaran dan dugaan yang dihadapi. Kami rindu sangat mak. Assalamualaikum mak :)
 
copyrigth reserved by Athirah Azhar @ edited by Kemetot Chomel