Thursday, August 18, 2016

Utusan Buat Ibunda

Assalamualaikum mak,
mak sihat ? mak apa khabar kt sana ? harap mak happy je kt sana.

Mak , kakak rindu sangat dengan mak. Kakak ingat lagi mak suka sangat masak nasi ayam. Nasi ayam kegemaran semua orang. Mak punya nasi ayam kalah restoran kat luar taw hahah.

Mak, kakak dapat sambung belajar degree kt uitm. Alhamdulillah rezeki kakak. Allah bagi kakak peluang untuk baiki cara kakak belajar. Mak kakak seronok sangat smpai kakak nangis tak henti2. Kakak rasa lega sangat. Kalau mak ada, mesti mak nangis peluk cium kakak. Mak, kakak nk buktikan yang kakak pandai, kakak boleh berjaya mcm mak. Kakak nk ikut jejak mak and ayah. Kakak nk semua orang bangga dgn kakak.

Dulu ya, kakak berfikiran budak2 tahu nk bercinta, berseronok je. Tapi skrg kakak nk ubah, kakak nk focus. Kakak nk mak tahu kakak boleh buat. Mak, mak selalu marah kakak sebab tak belajar, main2 je. Maafkan kakak ye mak. Mak, kakak tak sempat nk minta maaf dgn mak. Harap mak maafkan kakak ye.

Mak, kakak igt semua pesan mak. Mak suruh kami belajar sungguh. Itu last pesanan mak buat kami. Masa tu mak baru lepas operate kt kepala. Mak happy sangat tgk kami datang jenguk mak. Mak, mak ingat tak masa kat hospital, malam2 kita tengok drama korea. Masa tu drama tu hot sangat. Tengok smpai tak tengok pukul berapa dah. Rindu sangat masa tu sebab kakak dapar jaga mak. Teman mak borak. Gelak2. Mak mesti ingat kakak bosan kan masa tu, yelah duduk hospital kan. Mak terus bagi duit suruh beli majalah yg kakak suka atau novel. Tapi kakak tak pernah bosan duduk dengan mak.

Mak, ada satu masa tu kakak pelik kenapa mak sedekah telekung kt masjid, surau lepastu mak bg pulut kuning. Tak pernah2 mak buat. Kakak dah dapat rasa mak nk pergi tinggalkan kami tapi kakak sedapkan hati je. Tak lama tu mak sakit teruk.

Pagi jumaat mak dah pergi tinggalkan kami. Mak, wajah mak berseri sangat. Mak senyum je. Kakak cium dahi mak, mak bau wangi. Masa mak meninggal cuaca redup je. Masa tu kakak dah rela dah mak pergi. Tp kakak rindu sangat dgn mak. Mak , mak sentiasa ada di hati kami, dia fikiran kami, di dalam doa kami. Kami tak pernah lupakan mak.

Mak, mak ada lah ibu yang sangat baik. Ibu yang suka senyum, suka memberi nasihat dan menegur kami dgn cara yang lembut. Mak tak pernah tnjuk keletihan mak di depan kami. Mak sentiasa gembira walaupun kerja banyak di sekolah. Mak seorang cikgu kaunselor yang sangat disegani oleh cikgu2 lain, yg digemari oleh anak2 murid dan disayangi oleh semua orang. Mak seorang anak yang taat kepada ibu bapa, yang suka bertanya khabar , yang suka memberi sokongan kepada adik2 mak.

Mak, sampai sini sajalah utusan buat mak. Mak doakan kami berjaya di dunia dan diakhirat.Mak doakan kami kuat hadapai segala rintangan , cabaran dan dugaan yang dihadapi. Kami rindu sangat mak. Assalamualaikum mak :)

Saturday, February 20, 2016

Changes

Assalamualaikum brother and sister,

Apa habaq semua ? Harap semua sihat sihat belaka. So, pagi td breakfast kat kedai mamak and nampak seorang perempuan yg dah kahwin, dia berpakaian muslimah lah. Aku perhati je cara pemakaian dia and tahu dia pakai brand apa sbb aku minat satu brand muslimah ni. Then terlintas dalam fikiran nak buka topik pasal 'changes' ataupun perubahan.

Mostly yang aku baca, perubahan berlaku apabila kita betulkan solat kita. Tp perubahan kat diri aku sebaliknya. Aku berubah melalui pemakaian, bermula dari memakai tudung yg menutup dada, kemudian baju yg longgar dan labuh. Labuhnya baju tu bermaksud tutup punggung kita, and then pakai handsock , lepastu baru pakai stokin. Sekarang, seluar pula. Kalau dulu aku fikir baju labuh, seluar ketat tak apalah. Tapi sekarang aku lebih selesa pakai palazo, and jeans yg besar sikit. Once kita rasa apa yang kita pakai pada haritu selamat and dah menutup segalanya tp sebenarnya kita rasa tak selesa seperti tidak menutup aurat sepenuhnya. Dari situ timbul satu perasaan, lepas ni aku akan berpakaian lebih selesa.

Memang betul pun perubahan berlaku bila kita betulkan solat kita. Aku nak share a few days ago, orang kata tidur lepas asar tak elok. Satu haritu, aku tidur sebelum asar around 3.45pm, then aku pun set kt minda pukul 4 bangun tp ia berlarutan bila minda kita cakap 'kejap lagi lah' dan aku pun tidur sampai pukul 6.45pm. Bangun je terus solat asar dan aku pening kepala satu hari sampailah hari keesokannya. Then petang esok tu aku cuba tahan tidur lepas asar dan berjaya ! Alhamdulillah, lepas dari tu aku solat awal waktu dan pening kepala aku pun sudah pulih. Harini aku sedar, soal awal waktu sangat membantu kita. Banyak masa kita boleh buat.

Bila setiap hari solat diawal waktu, and satu masa tu kau solat lambat 30 minit, kau akan rasa sesuatu dalam hati kau, cth tak tenang. Cubalah buat experiment kat diri sendiri, kau akan rasa sesuatu dalam hati kau. In shaa Allah dengan perubahan yang kita buat, akan mengubah diri kita 360ยบ kita manusia semua tak sempurna tapi cuba untuk jadi sempurna di mata Allah. In shaa Allah dengan apa yang aku share ni dapat membantu korang apply dalam kehidupan seharian.

Monday, December 14, 2015

Pembakar semangat

Assalamualaikum brother and sister :)

How's your day? I hope everything is fine :)
So, okay kita cakap melayu lah kan. Hahaha :D bila kita dilanda masalah, susah and apa apa je lah kita mesti share dengan masalah kita dgn kawan kita. Bukan sekadar kawan sahaja lah, kawan yang sudah betul-betul kenal kita, sahabat. Bila dia bg nasihat, atau cadangan kita mestilah terima kan sbb mmg kita perlukan sokongan dari sahabat kita.

Tapi kadang-kala bila dia dah bg nasihat beribu kali and kita masih tak ikut means salah kita lah. Kita lah sepatutnya gerakkan diri kita untuk ubah diri kita atau selesaikan masalah tersebut. Adalah seorang sahabat saya ni dia pesan satu perkara , tapi ayat dia sangat deep dan membuatkan saya nk nangis sehinggak mencucuk dalam. Setiap masa saya ulang baca, dan setiap masa itu lah hati saya bagai dicucuk.

Word without action is useless. Even though you minta nasihat 10 ribu orang sekali pun, kalau diri sendiri tak buat sama je hasil dia. ZERO

Permulaan bagi kebangkitan untuk kita

I love those quotes, sbb ayat dia mmg deep kalau kita baca berulang kali. So, if you guys have any quotes that makes you feel want to change yourself or express yourself, please share on the comment bottom after this post :)
 
copyrigth reserved by Athirah Azhar @ edited by Kemetot Chomel